Tarikh : 23 September 2018
Masa : 9.30 hingga 12.30
Lokasi : Pusat Internet Sungai Panjang
Peserta : 20 orang
Tujuan 
Kelas ini adalah sambungan kepada program Hari Bersama Komuniti yang dijalankan pada 21 September 2018. Memandang program Hari Bersama Komuniti tersebut dijalankan pada hari Jumaat sebelah pagi dengan masa yang terhad, maka aktiviti kelas membuat pastry fruit cake ini kami anjakkan kepada hari Ahad, 23 September 2018. Tujuan utama adalah untuk menarik minat golongan suri rumah untuk datang ke pusat internet belajar kemahiran memasak selain daripada kelas IT yang dijalankan. kami merancang kelas pembuatan pastry ini diteruskan dimasa akan datang sebagai salah satu platform untuk menggalakkkan keusahawanan dalam komuniti. 
   
Aktiviti 
Peserta diberikan salinan resepi dan diminta untuk meneliti bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pastry fruit cake. Setelah itu, guru masakan dari KEMAS melakukan demo sambil dibantu oleh para peserta. Sambil menunggu kek masak didalam ketuhar, guru masakan telah memberikan beberapa tips berguna dalam pembuatan pastry sambil ucapan ringkas dari penyelia KEMAS yang hadir.  

Gambar Disini