Mempelajari Asas Komputer, Internet Dan Menaip

Nama : Muhammad Faris Izwan Bin Azman
Umur : 30 Tahun
Ahli : 20-07-2023

Latar belakang

Muhammad Faris Izwan adalah seorang pekerja swasta yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah Ulu Bernam. Beliau telah menjadi ahli PEDi Sungai Panjang sejak dari tahun 2023.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau tidak mempunyai asas ICT seperti menaip dan cara untuk melayari internet semasa mendaftar ahli PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh PEDi Sungai Panjang, beliau kini mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer seperti Ms Word Office, Internet dan juga kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh PEDi.

 


 

MOHAMMAD RAMADAN BIN MAT SAMAN

USAHAWAN TERNAKAN LEMBU 

Mohammad Ramadan Bin Mat Saman adalah seorang anak jati Sungai Panjang, Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan. Beliau merupakan seorang peladang. Lelaki berusia 27 tahun ini amat meminati perniagaan dan perladangan. Kehadiran Pusat Ekonomi Digital Sungai Panjang telah memberikan satu anjakan kepada perkembangan hidup beliau. Disini bermula era baru bagi beliau dimana kemudahan dan perkhidmatan Pusat Ekonomi Digital Sungai Panjang dapat dimanfaatkan sebagai platform untuk meningkatkan pengetahuan sebagai seorang peladang dan sebagai medium untuk meningkatkan perniagaan beliau khususnya melibatkan pemasaran. 

Beliau mula menjadi ahli di Pusat Ekonomi Digital Sungai Panjang pada 15 Ogos 2017 . Oleh kerana jarak diantara rumah beliau dengan lokasi Pusat Ekonomi Digital hanya sekitar kurang daripada 3KM, maka beliau kerap menghabiskan masa untuk menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan di sini.  Ramadan juga kerap datang ke Pusat Ekonomi Digital untuk mengunakan kelengkapan yang terdapat disini seperti mencetak, Photostat dan komputer serta internet. Beliau pernah mengikuti latihan keusahawanan di Pusat Ekonomi Digital Sungai Panjang dan sering mengikuti latihan asas komputer dan aplikasi untuk menambah ilmu pengetahuan. Untuk menghubungi beliau, anda boleh menelefon 01127786472. 

PENCAPAIAN: Tawaran menyertai Skim Rezeki Ternak 2021(Bantuan Baka Lembu)

                         Menjadi tempat sembelihan untuk Ibadah Korban 2021 sewaktu PKP

 

Nama     : Noraisya Binti Misnan
Umur  : 38 Tahun
Ahli   : 2016

 

Latar belakang

Puan Noraisya merupakan seorang surirumah tangga yang gemar bercucuk tanam sebagai hobi mengisi masa lapang. Beliau merupakan seorang ahli Pusat Internet Sungai Panjang yang sangat aktif dan selalu menyertai pelbagai pertandingan serta program yang dianjurkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet Sungai Panjang, beliau merupakan seorang surirumah yang hanya menjadi agen dropship produk kecantikan. Untuk perniagaan dropship, beliau hanya menggunakan Facebook dan Whatsapp sebagai usaha pemasaran dan jualan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mengikuti program keusahawanan dan menyertai pertandingan usahawan dalam talian yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sungai Panjang, beliau mula memberanikan diri untuk mencari pendapatan lain yang lebih mudah dan lebih menguntungkan. Beliau mula berminat dalam penjualan pokok bunga seperti bunga kertas, bunga keladi, pasu bunga serta yang terbaharu anak arnab dan ubat untuk arnab. Selain itu, beliau sudah mula memasarkan produk-produk beliau ke Shopee dan lebih mahir menggunakan talian digital untuk pemasaran dan pengiklanan. 

 

 

Mempelajari Asas Komputer, Internet Dan Menaip

Nama Nur Amira Adiba binti Mohd Ibrahim
Umur : 25 Tahun
Ahli 19-07-2020

 

Latar belakang

Cik Amira merupakan penduduk lokal berumur 25 tahun yang menetap sepenuh masa di Sg Panjang dan menggunakan masa terluang beliau untuk memenuhkan ilmu dan pengetahuan berkenaan ICT di pusat internet. Sambil itu, beliau juga cuba memanfaatkan ilmu ICT beliau untuk memajukan perniagaan kecil-kecilan beliau. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet Kg Baru Nelayan, Amira tidak begitu mahir untuk melakukan dokumentasi menggunakan komputer serta tidak mahir menggunakan perisian editan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan diri di PIK Sg Panjang, dengan menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Amira sudah mahir untuk menggunakan photoshop untuk mengedit poster pemasaran dan mahir menggunakan platform-platfom social untuk tujuan pengiklanan.

 

 

Nama : Nor Siti Aisah Binti Bain
Umur : 37
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Nor Siti Aisah Binti merupakan seorang usahawan dan ahli Pusat Internet Sungai Panjang sejak 2017. Beliau dahulunya adalah seorang surirumah sepenuh masa sebelum bekerja dengan sebuah gerai makan di kawasan Parit 16 Sungai Panjang dengan tujuan untuk menambah pendapatan keluarga. Selepas menjadi ahli di Pusat Internet Sungai Panjang dan setelah menjalani beberapa siri latihan usahawan asas serta aktiviti-aktiviti komuniti yang dijalankan oleh pusat internet, akhirnya beliau membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan sendiri. Diawal penglibatan dalam perniagaan, belia hanya berniaga makanan ringan seperti pisang goreng, namun perniagaan beliau berkembang menjadi kedai makan yang menyajikan masakan tengahari seperti nasi campur dan masakan panas. Kini beliau melangkah lebih jauh dengan menjadi wakil jualan produk kosmetik dari sebuah jenama dikenali dan bertaraf "master agent".

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang mahir dalam pemasaran dalam talian dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas-kelas asas usahawan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sungai Panjang, beliau kini mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan internet serta mampu memasarkan produk kosmetik secara dalam talian.