Bonda Kitchen adalah sebuah restoran yang mengkhususkan diri dalam menyediakan makanan barat (Western food) dengan sentuhan tempatan. Restoran ini terkenal kerana menyediakan hidangan barat yang diolah mengikut cita rasa Malaysia, dengan menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi. Menu yang ditawarkan di Bonda Kitchen meliputi pelbagai jenis hidangan, dari steak, pasta, burger semuanya dimasak dengan cara yang kreatif dan inovatif.

Selain daripada rasa yang sedap dan memenuhi selera pelanggan, Bonda Kitchen juga menawarkan suasana yang selesa dan mesra di tepi pantai sesuai untuk makan bersama keluarga, rakan-rakan, atau sebagai tempat untuk acara khas. Konsep yang diambil oleh restoran ini menekankan kesederhanaan dan kehangatan, dengan reka bentuk ruang yang mengutamakan keselesaan dan kemudahan pelanggan.

Lokasi: Bondakitchen dataran Pantai Batu 23 Sungai Nibong
 
Waktu Operasi: Selasa-Ahad (12.30pm-7pm)
 
DINE IN and PICKUP AVAILABLE untuk tempahan: http://wasap.my/60107995210/hibondankorder

 

Usahawan yang menjalankan perniagaan menjual aneka jenis burger di kawasan Pasir Panjang juga menerima sebarang tempahan mengikut citarasa dan budget pelanggan.

 
Lokasi : Pasir Panjang jalan tengah, simpang empat Sekolah Menengah Dato Mustaffa
 
Waktu :Isnin-jumaat 3pm-10pm
7pm-8pm rehat
SABTU AHAD : CUTI
 

Rumah Makan Tradisional yang menyediakan pelbagai lauk pauk yang berkonsepkan makanan kampung dan tradisional. Tempat juga klasik dan sesuai dengan semua golongan.

Alamat :

Dulangrtok ( Batu 39 Sabak Bernam )

Waktu Operasi :

11.00 pagi - 4.00 petang

Sumber : https://www.facebook.com/profile.php?id=61561257615302

 

Kedai makan yang berkonsepkan makanan yang disalai seperti itik, ikan keli dan banyak lagi. Pelbagai juga lauk pauk yang disediakan yang sangat menyelerakan.

Alamat :

Warung Itik Salai Azizah

Waktu Operasi :

10.00 am - 4.00 pm

Sumber : https://www.facebook.com/warungitik.salai?locale=az_AZ

Kafe kedai makan yang menyediakan pelbagai masakan western, masakan panas, cofee dan spexial drinks. Terdapat juga perkhidmatan delivery kepada pelanggan yang ingin membuat dari rumah.

Alamat : 

Shah Western House ( Sabak Bernam )

Waktu Operasi :

2.00 pm - 12.00 am

Sumber : https://www.facebook.com/shahwesternhouse/