Tujuan 

Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dalam talian serta mempromosikan inisiatif NADI dan peranannya kepada pelajar Sk Pasir Panjang, Sekinchan. Selain itu, melindungi pelajar dan memberi kesedaran melayari internet. Program ini diharap dapat membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan internet secara selamat dan bertanggungjawab.

Aktiviti

1. Sesi taklimat mengenai pengenalan dan promosi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) iaitu peranan, perkhidmatan dan fungsi-fungsi yang terdapat di NADI.

2. Sesi taklimat kesedaran mengenai Keselamatan Internet NADI "Safe & Shield"

3. Sesi kuiz untuk para pelajar untuk mengukur kefahaman.

 


Gambar disinii

 


Tujuan 

Pertandingan NADI x e-Sukan (MLBB) 2024 bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat, mengasah kemahiran strategik dan kerjasama, menyokong perkembangan industri e-sukan, serta menyediakan peluang kompetitif untuk para pemain. Melalui pertandingan ini, diharapkan dapat membangunkan bakat, mengukuhkan perpaduan, dan memupuk minat terhadap sukan elektronik secara positif dan beretika.

Aktiviti

Perlawanan e-sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang melibatkan pasukan bertanding secara langsung untuk merebut gelaran juara.


Gambar disini

Tujuan 

Tujuan adalah untuk mengajar peserta cara menggunakan alat dalam platform digital Google Classroom supaya selaras dengan relevan pembelajaran dan kerja di masa hadapan. Menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan berkaitan apa itu Google Classroom serta memberi tunjuk ajar tentang cara log masuk ke laman Google Classroom tersebut.


Gambar disini

Tujuan 

Membantu pelajar mengakses bahan pembelajaran secara digital. Pelajar boleh mengakses nota, video, kuiz, dan bahan-bahan lain yang disediakan oleh guru.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan berkaitan tajuk pembelajaran kepada peserta yang hadir. Petugas memastikan peserta memahami setiap pembelajaran yang diajar.


Gambar disini

Tujuan 

Memberi peserta kemahiran reka bentuk grafik asas yang boleh digunakan dalam pelbagai konteks. Membantu peserta mengembangkan daya kreatif melalui reka bentuk grafik dan visual. 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan berkaitan fungsi-fungsi Canva dan Ms Word . Petugas menerangkan tentang alat-alat asas dan elemen-elemen yang terdapat dalam platform tersebut.


Gambar disini

Sub-kategori