Sungai Panjang terletak di dalam daerah Sabak Bernam. Sabak Bernam merupakan sebuah daerah yang terletak di utara negeri Selangor Darul Ehsan. Sungai Panjang bersempadan dengan negeri Perak Darul Ridzuan yang hanya dipisahkan oleh Sungai Bernam. Parit 18 Sungai Panjang dihubungkan dengan Ulu Bernam, Perak melalui perkhidmatan feri. Jambatan tidak dibina kerana ingin mengekalkan warisan perkhidmatan feri di kawasan ini. Ia dimaklumkan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang iaitu YB Budiman Bin Mohd Zohdi.

 

Peta Parit 16 Sungai Panjang

 

 

Peta Daerah Sabak Bernam

 

Peta Negeri Selangor Darul Ehsan