Antara kemudahan asas bagi komuniti setempat khususnya penduduk Parit 16 dan kawasan sekitar adalah klinik kesihatan kerajaan. Ia menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang dikendalikan oleh barisan doktor dan jururawat yang sangat mesra. Kehadiran klinik kesihatan ini sangat penting kepada penduduk setempat kerana lokasi Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam dan klinik-klinik swasta agak jauh. Kami berharap akan dapat menjalinkan kerjasama dengan klinik kesihatan ini untuk menjalankan sebarang program yang bermanfaat kepada komuniti.