NURUL AQIRA BINTI SAMSUDIN

GURU TABIKA DAN PENIAGA 

Nurul Aqira Binti Samsudin adalah seorang anak jadi Sungai Panjang, Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan. Beliau merupakan seorang guru tabika dan seorang peniaga pakaian serta kosmetik. Gadis berusia 23 tahun ini amat meminati perniagaan perniagaan dan kecantikan. Sememangnya sifat seorang wanita amat mementingkan penampilan diri dan penjagaan kecantikan. Kehadiran Pusat Internet Sungai Panjang telah memberikan satu anjakan kepada perkembangan hidup beliau. Disini bermula era baru bagi beliau dimana kemudahan dan perkhidmatan Pusat Internet Sungai Panjang dapat dimanfaatkan sebagai platform untuk meningkatkan pengetahuan sebagai seorang pendidik dan sebagai medium untuk meningkatkan perniagaan beliau khususnya melibatkan pemasaran. 

 

Beliau mula menjadi ahli di Pusat Internet Sungai Panjang pada 28 Ogos 2015 . Oleh kerana jarak diantara rumah beliau dengan lokasi Pusat Internet hanya sekitar kurang daripada 3KM, maka beliau kerap menghabiskan masa untuk menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan di sini. Nurul Aqira mempunyai Butik Pakaian yang diberi nama Butik Fiqari yang beralamat di No 8 Kedai Setingkat, Parit 16 Sungai Panjang,Sungai Besar, Selangor. Kedai ini telah beroperasi selama 8 tahun. Butik Fiqari telah diuruskan secara bersama oleh ahli keluarga Nurul Aqira.Butik ini telah dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan bercuti pada hari ahad. Terdapat pelbagai jenis pakaian muslimah yang dijual di Butik Fiqari, antaranya ialah jubah abaya, kain telekung, tunic, tudung, baju kurung, blouse, baju muslimah dan pelbagai jenis pakaian wanita yang lain. Nurul Aqira juga kerap datang ke Pusat Internet untuk mengunakan kelengkapan yang terdapat disini seperti mencetak, Photostat dan komputer serta internet. Beliau pernah mengikuti latihan keusahawanan di Pusat Internet Sungai Panjang dan sering mengikuti latihan asas komputer dan aplikasi untuk menambah ilmu pengetahuan. Untuk menghubungi beliau, anda boleh menelefon 0136810121. 

*********************************************************************************************************************************************************************************************

 

DSP IEN REN CHONG 

PEGAWAI POLIS DAN KETUA AMANITA SUNGAI BESAR

 

DSP Ien Ren Chong lebih dikenali sebagai Puan chong atau Madam Chong dikalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta kalangan wanita termasuk AMANITA terutama di kawasan Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Selain menjalankan tugas rasmi sebagai seorang pegawai polis, beliau bergerak aktif dalam persatuan dan aktiviti kemasyaratan terutama melibatkan kepentingan wanita. Beliau sangat dikenali dikalangan wanita di daerah Sabak Bernam kerana sering terlibat dengan program keselamatan seperti menyampaikan ceramah jenayah dan hal ehwal kebajikan wanita dalam AMANITA. Sebagai seorang penjawat awam dalam bidang yang mencabar, beliau sentiasa meningkatkan pengetahuan termasuklah dalam bidang teknologi maklumat. Sebagai ketua dalam AMANITA Sungai Besar, beliau sering menggerakkan AMANITA untuk mengikuti sebarang latihan atau kursus yang dijalankan di Pusat Internet Sungai Panjang. Oleh sebab itu, ramai ahli-ahli AMANITA yang telah mengikuti latihan di sini dan mendapat manfaat terutama yang melibatkan pengetahuan teknologi maklumat dan keusahawanan. 

 

    Umur: 47Tahun

    Jantina: wanita

    Pekerjaan: pegawai polis

    Pendidikan: Diploma

    Beliau mula menjadi ahli di SUNGAI PANJANG pada 22 OGOS 2015 . Beliau menetap di sungai besar. Di sebabkan jarak diantara rumah beliau dengan lokasi Pusat Internet hanya sekitar kurang daripada 15km, maka beliau kerap menghabiskan masa untuk menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan di Pusat Internet Sungai Panjang. DSP Ien Ren Chong merupakan seoarng anggota polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis daerah Sungai Besar, dan beliau merupakan pegawai Aman Wanita (AMANITA). 'Peace Lady' atau dikenali sebagai Amanita, sebuah unit khas yang diperkenalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), merupakan pendekatan terbaik dalam memperoleh maklumat jenayah tidak dilapor, daripada kalangan suri rumahPDRM mewujudkan unit khas Amanita ini dalam usaha mendapatkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah yang tidak dilapor dalam kalangan masyarakat yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Secara tidak langsung, langkah terbaharu yang dilakukan itu menunjukkan PDRM mengiktiraf peranan wanita, dan di peringkat awal seramai 152 pegawai wanita dikenal pasti untuk penglibatan dalam unit berkenaan. Untuk makluman, pihak Pusat Internet berkerjasama bersama AMANITA dalam melaksanakan beberapa program. Program tersebut lebih kepada pendedahan mengenai jenayah yang terjadi dan cara mengatasinya, klik dengan bijak (KDB) juga ada mengambil tempat dalam program yang diadakan. Beliau boleh dihubungi di talian 0192825748 jika ingin menjalankan sebarang program usahasama dengan PDRM IPD Sabak Bernam ataupun dengan AMANITA.

 

 


 

 

 

 

Nama : AZIZAN BIN RADIN

- Asal: SUNGAI PANJANG, SUNGAI BESAR

- Warganegara: MALAYSIA
-
Status: KAHWIN

- Perusahaan : PROTECTION LIFE SPECIALIST (ALLIANZ)
-
Alamat: - Nama : AZIZAN BIN RADIN

- Asal: SUNGAI PANJANG, SUNGAI BESAR

- Warganegara: MALAYSIA
-
Status: KAHWIN

- Perusahaan : PROTECTION LIFE SPECIALIST (ALLIANZ)

- Alamat: NO 11-14 JALAN 53, 1st FLOOR DESA JAYA COMME- Nama : AZIZAN BIN RADIN

- Asal: SUNGAI PANJANG, SUNGAI BESAR

- Warganegara: MALAYSIA
-
Status: KAHWIN

- Perusahaan : PROTECTION LIFE SPECIALIST (ALLIANZ)

- Alamat: NO 11-14 JALAN 53, 1st FLOOR DESA JAYA COMMERCIAL CENTRE TAMAN DESA, 52100 KEPONG- Nama : AZIZAN BIN RADIN

- Asal: SUNGAI PANJANG, SUNGAI BESAR

- Warganegara: MALAYSIA
-
Status: KAHWIN

- Perusahaan : PROTECTION LIFE SPECIALIST (ALLIANZ)

- Alamat: NO 11-14 JALAN 53, 1st FLOOR DESA JAYA COMMERCIAL CENTRE TAMAN DESA, 52100 KEPONGRCIAL CENTRE TAMAN DESA, 52100 KEPONGNO 11-14 JALAN 53, 1st FLOOR DESA JAYA COMMERCIAL CENTRE TAMAN DESA, 52100 KEPONG