Nama : Nor Siti Aisah Binti Bain
Umur : 37
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Nor Siti Aisah Binti merupakan seorang usahawan dan ahli Pusat Internet Sungai Panjang sejak 2017. Beliau dahulunya adalah seorang surirumah sepenuh masa sebelum bekerja dengan sebuah gerai makan di kawasan Parit 16 Sungai Panjang dengan tujuan untuk menambah pendapatan keluarga. Selepas menjadi ahli di Pusat Internet Sungai Panjang dan setelah menjalani beberapa siri latihan usahawan asas serta aktiviti-aktiviti komuniti yang dijalankan oleh pusat internet, akhirnya beliau membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan sendiri. Diawal penglibatan dalam perniagaan, belia hanya berniaga makanan ringan seperti pisang goreng, namun perniagaan beliau berkembang menjadi kedai makan yang menyajikan masakan tengahari seperti nasi campur dan masakan panas. Kini beliau melangkah lebih jauh dengan menjadi wakil jualan produk kosmetik dari sebuah jenama dikenali dan bertaraf "master agent".

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang mahir dalam pemasaran dalam talian dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas-kelas asas usahawan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sungai Panjang, beliau kini mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan internet serta mampu memasarkan produk kosmetik secara dalam talian.