Tujuan 

Tujuan kelas ini ialah untuk memberikan kefahaman yang mendalam tentang strategi pemasaran digital. Memberi inspirasi kepada para peserta untuk mengembangkan usaha mereka melalui platform digital. Akhir sekali, memperluas jaringan kolaborasi dengan penduduk setempat. 

Aktiviti

Sesi perbentangan dan diskusi oleh pihak penganjur. Menyediakan bengkel interaktif untuk mengajarkan para usahawan dalam hal-hal berkaitan pemasaran atas talian.

Gambar disini

Tujuan 

Tujuan kelas ini ialah memberi kefahaman kepada peserta tentang asas-asas matematik yang telah belajar di sekolah. Selain itu, untuk memberi asas penggunaan komputer kepada pelajar sekolah rendah.

Aktiviti

Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir. Petugas membimbing peserta menjawab soalan-soalan kuiz matematik yang dipaparkan. Membuat perbincangan jika ada persoalan dari peserta.

Gambar disini

Tujuan 

Kelas ini bertujuan meningkatkan kreativiti peserta dalam merangka animasi menggunakan aplikasi Paint di komputer. Seterusnya, meningkatkan kemahiran berfikir serta mengolah idea menjadi sebuah gambaran animasi. Melatih peserta merangka animasi di dalam perisian Paint serta mewarna mengikut kreativiti peserta.

Aktiviti

Petugas menerangkan tajuk pembelajaran kepada peserta. Petugas memberi penerangan berkaitan cara penggunaan aplikasi Paint yang ada dalam komputer serta menunjukkan asas-asas penggunaan dalam perisian aplikasi Paint tersebut supaya peserta memahami dan setelah itu peserta mengolah idea-idea yang telah dirancang untuk dijadikan hasil lukisan yang kreatif.

Gambar disini

Tujuan 

Tujuan kelas ini ialah untuk memberi pengajaran asas penggunaan Microsoft Word kepada peserta yang hadir untuk menyiapkan tugasan kerja kursus mereka. Selain itu, memberi pendedahan serta kemahiran asas Microsoft Word kepada peserta sekolah menengah. Akhir sekali, untuk menambahkan bilangan golongan celik IT di kawasan sekitar.

Aktiviti

Petugas menerangkan asas-asas penggunaan Microsoft Word kepada peserta, serta membuat perbincangan jika terdapat perkara yang tidak difahami oleh peserta.

Gambar disini

Tujuan 

Kelas ini dilakukukan bertujuan untuk mengajar peserta kemahiran asas menaip seperti penggunaan papan kekunci komputer dan juga penggunaan tetikus. Memberi pemahaman berkaitan susunan papan kekunci serta susunan huruf, angka dan juga simbol kepada peserta. Oleh yang demikian, untuk memberi kebiasaan kepada peserta dengan menggunakan jari-jari untuk tujuan menaip.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan berkaitan pembelajaran. Petugas menunjukkan cara bagaimana untuk menaip perkataan di Microsoft Word serta penggunaan lain-lain perisian yang terdapat dalam aplikasi Microsoft Word.

Gambar disini

Sub-kategori