Selamat datang ke gerbang portal Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sungai Panjang, Sungai Besar, Selangor. Portal ini disediakan bagi memberi maklumat yang berguna kepada para pengunjung di laman ini.

        Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sungai Panjang merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada penyediaan ICT di kawasan luar bandar. Pada permulaannya, pusat ini lebih dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) sebelum bertukar nama kepada Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) pada tahun 2012.

       Sebanyak 12 Pusat Internet 1 Malaysia pertama diwujudkan untuk Fasa Rintis, diikuti pula oleh 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2, serta 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. NADI Sungai Panjang merupakan pusat internet yang diwujudkan dalam Fasa 2 extension dan mula beroperasi pada 2015.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sungai Panjang telah dibuka secara rasminya pada 10 Ogos 2015 selepas kami selaku petugas disini berpindah dari Pusat Internet 1 Malaysia yang lama di Batu 4 Sapintas, Sabak Bernam yang telah ditutup operasinya. Kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di Pusat Internet yang baru di Sungai Panjang ini adalah jauh lebih jika dibandingkan dengan yang lama.

Antara kelengkapan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sungai Panjang adalah :

1) 7 penghawa dingin

2) 6 CCTV

3) 20 komputer 

4) 2 tandas

5) 1 set television beserta Astro

6) sebuah bilik latihan

7) Sebuah smart board

8) sebuah sofa

9) Meja dan kerusi untuk pengguna komputer riba