Rantaian berita palsu menular dengan pantas memberi banyak kesan buruk kepada masyarakat dan negara.
Pastikan anda menyemak dan rujuk kepada sumber yang sahih.
#TidakPastiJanganKongsi
Maklumat yang datang dari satu sumber harus dibandingkan dengan sekurang-kurangnya 2 sumber yang berlainan lain untuk memastikan faktanya tidak berubah.
#klikdenganbijak
Sentiasa beradab dan amalkan toleransi ketika berkomunikasi di Internet.
Elakkan kecaman dan bahasa kesat kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan. Jaga keamanan, banyakkan kata-kata berunsur positif dan membina demi mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan negara.
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#RukunNegara
Mari membendung penyebaran berita palsu dengan ikuti 3 langkah mudah seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Pengguna Data perlu mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
Individu/organsasi yang memproses data peribadi dalam transaksi komersial perlu patuh kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709).
#KeluargaMalaysia
#JomAmbilPeduli
#LindungiDataPeribadiPelangganAnda