Alhamdulillah, berita baik daripada kerajaan. Semakan BKC boleh dilakukan pada pautan berikut (https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?) Berbelanja dengan cermat dan bersederhana bertepatan dengan Firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam surah Al-Isra’ ayat 27:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا

صدق الله العظيم

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir membelanjakan harta kepada pada jalan yang menyalahi syarak itu ialah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya”.

 

bkc3-o BHfield image listing featured v2.var 1625280397

Sungai Panjang terletak di dalam daerah Sabak Bernam. Sabak Bernam merupakan sebuah daerah yang terletak di utara negeri Selangor Darul Ehsan. Sungai Panjang bersempadan dengan negeri Perak Darul Ridzuan yang hanya dipisahkan oleh Sungai Bernam. Parit 18 Sungai Panjang dihubungkan dengan Ulu Bernam, Perak melalui perkhidmatan feri. Jambatan tidak dibina kerana ingin mengekalkan warisan perkhidmatan feri di kawasan ini. Ia dimaklumkan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang iaitu YB Budiman Bin Mohd Zohdi.

 

Peta Parit 16 Sungai Panjang

 

 

Peta Daerah Sabak Bernam

 

Peta Negeri Selangor Darul Ehsan