Tujuan 

Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta belajar membuat poster mudah menggunakan Microsoft PowerPoint.

Aktiviti 

Petugas mengajar peserta fungsi Microsoft PowerPoint, selain untuk membuat slide pembentangan, boleh juga digunakan untuk membuat poster. Peserta membuat poster mengikut kekreatifan sendiri dengan bantuan petugas.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta belajar asas menaip dan belajar untuk membuat surat rasmi.

Aktiviti 

Petugas mengajar peserta cara untuk meletakkan tangan di posisi yang betul sebelum memulakan asas menaip. Peserta perlu mengenalpasti di mana kedudukan setiap abjad dan nombor. Setelah itu, peserta cuba untuk menaip karangan surat rasmi mengikut format dengan bantuan petugas.

Gambar Disini

Tujuan 

Pertandingan ini bertujuan untuk menaikkan semangat patriotisme dalam diri ahli PEDi. 

Aktiviti 

Para peserta menggayakan pakaian yang bertemakan bendera Malaysia untuk dinilai para juri

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta mendaftar ke dalam akaun aplikasi Selangkah Selangor.

Aktiviti 

Petugas menerangkan apa fungsi aplikasi Selangkah dan kebaikannya kepada pemohon. Peserta mengisi maklumat yang diperlukan untuk mendaftar. Peserta memuatnaik dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran aplikasi tersebut dengan bantuan petugas.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta membuat permohonan sijil halal untuk perniagaan di laman e-kerajaan MYeHALAL.

Aktiviti 

Petugas mengajar peserta cara untuk melayari laman web MYeHALAL. MYeHALAL ini bertujuan untuk memberi pensijilan halal kepada pengusaha makanan. Peserta memuatnaik segala maklumat yang diperlukan untuk memastikan permohonan sijil halal diluluskan di laman MYeHALAL dengan bantuan petugas.

Gambar Disini

Sub-kategori