Tujuan 

Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta membuat permohonan pertukaran kad MyDebit Bank Maybank secara atas talian.

Aktiviti 

Petugas mengajar peserta cara untuk melayari laman web www.maybank2u.com. Selepas itu, peugas membantu peserta untuk membuat permohonan pertukaran kad MyDebit secara atas talian. Disamping itu, petugas juga memberitahu peserta akan kelebihan menukar kad bank secara atas talian berbanding beratur di kaunter bank.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta belajar membuat surat rasmi dengan menggunakan aplikasi Microsoft Words.

Aktiviti 

Petugas mengajar peserta perkara asas mengenai Microsoft Words, seperti jenis-jenis tulisan untuk surat rasmi, format yang perlu digunakan, spacing, saiz font yang sesuai dan mudah dibaca. Setelah itu, peserta belajar untuk menaip sendiri surat rasmi mengikut panduan yang telah diajar dan beserta contoh surat rasmi yang telah diberikan.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta mendaftar akaun bank sedia untuk mengaktifkan perbankan dalam talian.

Aktiviti 

Petugas mengajar peserta cara untuk mengaktifkan perbankan dalam talian dengan mendaftar dengan aplikasi perbankan internet yang diinginkan. Selepas itu, petugas membantu peserta untuk mengisi maklumat berkaitan maklumat pengguna, nombor akaun dan kata laluan. Setelah diaktifkan, pengguna dapat menggunakan perbankan atas talian untuk tujuan pindahan wang, pembayaran bil, semakan baki dan sebagainya.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta membuat permohonan kenaikan pangkat bagi pekerja sektor kerajaan di laman web MyGOV.

Aktiviti 

Petugas mengajar peserta cara untuk melayari laman web malaysia.gov.my. Selepas itu, peserta memuatnaik butiran yang diperlukan untuk membuat permohonan kenaikan pangkat. Petugas membantu peserta untuk kemaskini data peribadi dan seterusnya mencetak permohonan untuk simpanan peserta.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta menguruskan produk jualan di lama e-dagang Shopee.

Aktiviti 

Petugas mengajar peserta cara untuk memuatnaik dan mengemaskini produk jualan dalam laman Shopee. Kemaskini termasuklah gambar produk, harga jualan dan baki stok. Pengemaskinian produk dijalankan supaya urusan jual beli produk dapat dijalankan dengan baik tanpa sebarang masalah.

Gambar Disini

Sub-kategori