Tarikh | : 15 Januari 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : PIK SG Panjang |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan |
Kelas ini dilakukan bertujuan untuk membantu dan mengajar pengguna tentang asas penggunaan Microsoft Word dan cara untuk menaip surat rasmi dengan betul dengan bantuan contoh surat rasmi dan bimbingan petugas. |
Aktiviti Petugas menerangkan kepada peserta tentang fungsi Microsoft Word. Setelah itu petugas menerangkan asas penggunaan, cara menaip, fungsi yang disediakan dalam Microsoft Word dan sebagainya. Kemudian petugas memberi contoh surat rasmi kepada peserta dan peserta mempraktikkan apa yang telah diajar oleh petugas dengan menaip semula contoh surat rasmi yang dibekalkan dengan seliaan dan bimbingan daripada petugas. |
Tarikh | : 13 Januari 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : PIK SG Panjang |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan |
Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu pengguna untuk mendaftar akaun bank secara atas talian untuk mengkatifkan akaun online banking peribadi. Pembukaan akaun atas talian ini dapat lebih memudahkan urusan pengguna untuk memindahkan duit, membayar bil, semakan akaun bank berkala secara atas talian tanpa perlu beratur atau pergi ke mana2 cawangan bank lagi. |
Aktiviti Petugas menerangkan kepada peserta bagaimana cara untuk mendaftar akaun bank sedia ada dan aktifkan akaun secara atas talian. Peserta mempelajari langkah-langkah untuk mengetahui segala urusan yang ada di dalam akaun atas talian seperti pemindahan wang, pembayaran bil, semakan akaun dan sebagainya. |
Tarikh | : 7 Januari 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : PIK SG Panjang |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan |
Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta menyemak dan mengemaskini akaun Pengurusan Data Asnaf di laman web Lembaga Zakat Selangor. Portal Asnaf Self-Administration Service (ASaS) atau Portal Pengurusan Data Asnaf merupakan satu perkhidmatan atas talian yang dibangunkan oleh Lembaga Zakat Selangor khusus untuk asnaf fakir dan miskin. Portal ini merupakan satu kemudahan kepada asnaf fakir dan miskin untuk membuat semakan serta mengemas kini maklumat peribadi (ketua keluarga) dan isi rumah (tanggungan). |
Aktiviti Petugas menerangkan kepada peserta bagaimana cara untuk menyemak dan mengemaskini maklumat ke dalam laman web Portal Pengurusan Data Asnaf . Peserta mengemaskini maklumat berpandukan arahan daripada petugas dan menyemak semula segala maklumat yang diisi pastikan lengkap dan betul. Setelah diisi lengkap, petugas menerangkan cara untuk menghantar maklumat dan sentiasa buat semakan dan kemaskini sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat. |
Tarikh | : 12 Januari 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : PIK SG Panjang |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan |
Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta menyemak dan mengemaskini maklumat peribadi peserta di laman web rasmi Bantuan Keluarga Malaysia. Pengemaskinian ini dilakukan sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat pemohon seperti status, bilangan anak, gaji dan sebagainya. |
Aktiviti Petugas menerangkan kepada peserta bagaimana cara untuk menyemak dan mengemaskini maklumat ke dalam laman web rasmi Bantuan Keluarga Malaysia. Peserta mengemaskini maklumat berpandukan arahan daripada petugas dan menyemak semula segala maklumat yang diisi pastikan lengkap dan betul. Setelah diisi lengkap, petugas menerangkan dan menunjukkan cara untuk memuatnaik segala dokumen berkaitan yang mempunyai perubahan. |
Tarikh | : 5 Januari 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : PIK SG Panjang |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan |
Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta menyemak dan mengemaskini akaun mySalam peribadi. mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam. |
Aktiviti Petugas menerangkan kepada peserta bagaimana cara untuk menyemak dan mengemaskini maklumat ke dalam laman web mySalam. Peserta mengemaskini maklumat berpandukan arahan daripada petugas dan menyemak semula segala maklumat yang diisi pastikan lengkap dan betul. |