Tujuan 

Kelas ini dilakukan bertujuan untuk membantu dan mengajar pengguna tentang asas penggunaan Microsoft Word dan cara untuk menaip surat rasmi dengan betul dengan bantuan contoh surat rasmi dan bimbingan petugas.

Aktiviti 

Petugas menerangkan kepada peserta tentang fungsi Microsoft Word. Setelah itu petugas menerangkan asas penggunaan, cara menaip, fungsi yang disediakan dalam Microsoft Word dan sebagainya. Kemudian petugas memberi contoh surat rasmi kepada peserta dan peserta mempraktikkan apa yang telah diajar oleh petugas dengan menaip semula contoh surat rasmi yang dibekalkan dengan seliaan dan bimbingan daripada petugas.

Gambar Disini

Tujuan 

Kelas ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta cara untuk menambah tanggungan dalam aplikasi MySejahtera.

Aktiviti 

Petugas menerangkan kepada peserta cara untuk menambah tanggungan dalam aplikasi MySejahtera dan menyemak semula butiran dan maklumat tanggungan supaya betul dan tepat.

Gambar Disini

Tujuan 

Kelas ini dilakukan bertujuan untuk membantu dan membimbing peserta untuk mengisi maklumat dan memuat naik gambar dan dokumen di laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia.

Aktiviti 

Petugas menerangkan kepada peserta tentang laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia. Peserta mengisi maklumat diri dengan bantuan petugas. Setelah selesai, peserta memuatnaik segala dokumen dan gambar yang diperlukan dengan bantuan petugas.

Gambar Disini

Tujuan 

Kelas ini dilakukan bertujuan untuk membantu dan mengajar peserta tentang tips dan asas menggunakan Microsoft Words. 

Aktiviti 

Petugas menerangkan kepada peserta tentang tips dan asas menggunakan Microsoft Words. Perserta diberi latihan berbentuk lembaran kerja dan diberi masa untuk menaip semula lembaran kerja yang diberikan. Semasa menaip lembaran kerja, petugas akan menerangkan segala fungsi dan tips yang digunakan di medium Microsoft Words.

Gambar Disini

Tujuan 

Kelas ini dilakukan bertujuan untuk membantu dan mengajar usahawan untuk memuat naik produk jualan serta mengemaskini produk jualan mereka seperti mengemaskini gambar, harga, serta keterangan gambar produk jualan.

Aktiviti 

Petugas menerangkan kepada peserta cara bagaimana untuk memuatnaik serta mengemaskini produk jualan di laman web Shopee. Petugas juga menerangkan bahawa akaun Shopee harus dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memudahkan urusan jual beli dilaksanakan dan memudahkan pihak penjual dan pembeli.  Peserta mengemaskini akaun shopee dengan bantuan dan bimbingan daripada petugas. 

Gambar Disini

Sub-kategori