Tujuan 

Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta membuat jadual tugasan menggunakan aplikasi Microsoft Words.

Aktiviti 

Petugas mengajar peserta cara bagaimana untuk membuat jadual tugasan menggunakan Microsoft Words. Peserta membuat jadual tugasan mengikut contoh yang diberikan oleh petugas.  Petugas memberi tunjuk ajar dan teguran dari semasa ke semasa sehingga peserta berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta membuat pendaftaran dan mengemaskini data semasa di laman web MyeTapp untuk tujuan pembahagian harta dan tanah pusaka.

Aktiviti 

Petugas menerangkan kepada peserta fungsi MyeTapp untuk tujuan pembahagian harta pusaka termasuklah tanah, bangunan dan sebagainya. Peserta mengisi maklumat data semasa mengikut kategori dan mengemaskini data yang diperlukan seperti bilangan dan nama waris. 

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta mendaftarkan perniagaan mereka secara sah. Di samping itu, peserta akan dapat berurusan dengan mana-mana badan kerajaan berkaitan dengan lebih mudah dan teratur.

Aktiviti 

Petugas menerangkan kepada peserta pentingnya mendaftarkan perniagaan masing-masing. Petugas menunjukkan cara bagaimana untuk mendaftar perniagaan mereka di laman web rasmi ezBiz SSM Online. Petugas menyemak segala maklumat berkaitan untuk memastikan betul dan tepat.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta membuat pendaftaran peerbankan dalam talian Maybank2u. Selain itu, peserta juga belajar cara bagaimana untuk menyemak dan mencetak penyata akaun semasa.

Aktiviti 

Petugas menerangkan kepada peserta fungsi dan kelebihan perbankan atas talian. Selepas itu, petugas membantu peserta untuk membuat pendaftaran perbankan atas talian dengan mengisi segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, petugas mengajar peserta bagaimana untuk menyemak dan mencetak penyata akaun semasa.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta mendaftar kemasukan ke IPTA  melalui laman web upu.mohe.gov.my

Aktiviti 

Petugas menerangkan kepada peserta apa itu laman web upu.mohe.gov.my dan kaitannya dengan kemasukan ke IPTA. Petugas menerangkan kepada peserta untuk mengisi bahagian yang ditetapkan mengikut kategori yang bersesuaian seperti lepasan SPM atau STPM dan setaraf. Peserta mengisi maklumat mengikut ketetapan dengan bantuan petugas.

Gambar Disini

Sub-kategori