Tarikh | : 13 Disember 2021 |
Masa | : 4.45 petang - 6.00 petang |
Lokasi | : PIK SG Panjang |
Peserta | : 9 orang |
Tujuan |
E-Pembelajaran ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta membayar saman dengan cara yang lebih mudah dan cepat. Peserta tidak perlu lagi beratur panjang hanya untuk membayar saman dan dapat lebih peka untuk membayar saman pada waktu yang ditetapkan. |
Aktiviti Petugas menerangkan kepada peserta bagaimana cara untuk menyemak saman yang tertunggak secara dalam talian. Setelah itu, petugas mengajar peserta bagaimana cara untuk membayar saman yang tertunggak secara atas talian dan melalui mesin ATM. |
Tarikh | : 12 Disember 2021 |
Masa | : 11.00 pagi - 1.00 tengah hari |
Lokasi | : PIK SG Panjang |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan |
E-Pembelajaran ini dilakukan bertujuan untuk membantu peserta mendaftarkan perniagaan mereka secara sah. Di samping itu, para peserta akan dapat berurusan dengan mana-mana badan kerajaan berkaitan dengan lebih mudah dan teratur. |
Aktiviti Petugas menerangkan kepada peserta pentingnya mendaftarkan perniagaan masing-masing. Petugas menunjukkan cara bagaimana untuk mendaftar perniagaan mereka di laman web rasmi ezBiz SSM Online. Petugas menyemak segala maklumat berkaitan untuk memastikan betul dan tepat. |
Tarikh | : 07 Disember 2021 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : PIK SG Panjang |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan |
E-Pembelajaran ini dilakukan bagi mengajar pengguna untuk set semula kata laluan dan memudahkan pemilik akaun mengingat semula kata laluan baru dan memudahkan urusan seterusnya.
|
Aktiviti Petugas memberi penerangan tentang cara untuk set semula kata laluan yang baru untuk akaun MyeTaPP. Petugas menunjukkan cara-cara untuk set semula kata laluan dan menerangkan kepada peserta dan pada masa yang sama petugas mengingatkan kepada peserta kepentingan menyimpan dan mengingat kata laluan. |
Tarikh | : 10 Disember 2021 |
Masa | : 10.30 pagi - 12.30 tengah hari |
Lokasi | : PIK SG Panjang |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan |
E-Pembelajaran ini dilakukan untuk menunjuk ajar kepada peserta cara-cara untuk set semula kata laluan peribadi untuk aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pemilik akaun mengingat semula kata laluan baru dan memudahkan urusan harian peserta . |
Aktiviti Petugas menerangkan kepada peserta betapa pentingnya untuk menyimpan dan mengingat setiap kata laluan akaun peribadi. Petugas menunjukkan cara yang betul untuk set semula kata laluan bagi akaun peribadi MySejahtera dan menunjukkan kepada peserta data-data penting yang disimpan di dalam akaun MySejahtera seperti sijil vaksinasi, sejarah perjalanan dan status kesihatan. |
Tarikh | : 10 November 2021 |
Masa | : 9.00 pagi - 10.00 pagi |
Lokasi | : PIK SG Panjang |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan |
Memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar cara untuk membuat resume, CV dan cover letter yang betul dan berkesan. |
Aktiviti Petugas memberi penerangan kepada pelajar tentang cara yang betul dan asas penulisan resume dan CV. Petugas menerangkan perbezaan antara resume dan CV. Seterusnya, pelajar diberi latihan pengukuhan selepas selesai penerangan. |