Tarikh | : 17 Oktober 2021 |
Masa | : 9.30 pagi - 10.30 pagi |
Lokasi | : PIK SG Panjang dan Zoom meeting |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan |
Ahli komuniti, Muhamad Rayyan menghadiri Etuisyen Sains yang dianjurkan oleh MSD. |
Aktiviti Guru mengajar silibus 'Mesin' untuk pelajar darjah 5 serta memberi tugasan dan aktiviti kepada pelajar yang hadir. |
Tarikh | : 17 September 2021 |
Masa | : 9.00 malam - 10.00 malam |
Lokasi | : Zoom meeting |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan |
Perkongsian bersama alumni UKM berkenaan fungsi dan peranan UKM. |
Aktiviti Perjumpaan ini bertujuaan untuk berkongsi maklumat berkenaan PIK serta untuk menjemput alumni-alumni UKM berkongsi ilmu dan pengetahuan. Bermula daripada Oktober 2021, alumni-alumni UKM daripada pelbagai lapisan ilmu dan kepakaran akan mula berkongsi ilmu secara atas talian kepada semua warga PIK SG Panjang. Ilmu-ilmu tersebut termasuklah pengaturcaraan, penggunaan perisian dan peranti serta pelbagai lagi. |
Tarikh | : 24 April 2021 |
Masa | : 3.00 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Sungai Panjang |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan |
Memberi pendedahan kepada etika ketika berinternet. Mendidik masyarakat untuk tidak membuat dan menyebarkan berita palsu, menghina atau membuli orang lain di laman sosial di internet. |
Aktiviti Peserta diajar untuk menggunakan internet dengan cara berkhemah. Menghormati pendapat orang lain dan tidak mengecam sesuatu tanpa asas yang kukuh. Peserta juga diingatkan untuk tidak mencipta sesuatu berita palsu dan menyebarkannya melalui internet dengan tujuan mendapatkan perhatian umum atau untuk menghuru-harakan masyarakat. |
Tarikh | : 10 September 2021 |
Masa | : 5.00 petang - 6.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Sungai Panjang |
Peserta | : 50 orang |
Tujuan |
Perjumpaan bersama DRMO bersama semua penolong pegawai untuk PIK Wilayah Tengah |
Aktiviti Perjumpaan ini bertujuaan untuk mengingatkan semua penolong untuk berkerja keras memasti KPI bulanan, tahunan dicapai dengan baik. DRMO mengingat agar portal terus dikemaskini secara berkala dan konsisten serta mengingatkan agar semua penolong pengurus untuk bekerjasama dan membantu satu sama lain. |
Tarikh | : 22 April 2021 |
Masa | : 3.00 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Sungai Panjang |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan |
Majlis penyampaian hadiah diadakan untuk menyerahkan hadiah yang telah diperuntukkan kepada pemenang video kreatif yang telah disertai oleh para peserta. Ia sebagai penghargaan kepada mereka kerana telah menunjukkan komitmen untuk penyertai pertandingan ini. |
Aktiviti Penyampaian hadiah diadakan secara berperingkat kerana mematuhi SOP Covid-19. Ini bermakna penerima hadiah datang pada waktu yang berbeza untuk mengelakkan kesesakan dan mengurangkan jarak serta sentuhan antara yang hadir. Pelitup muka juga diwajibkan dan saringan suhu badan. |