Tarikh : 24 Mei 2019
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Klinik Kesihatan Merbau Berdarah
Peserta : 8 orang
Tujuan 
Pusat Internet Sungai Panjang telah dilantik sebagai salah satu panel penasihat bagi Klinik Kesihatan Merbau Berdarah, Parit 16, Sungai Panjang. Mesyuarat ini membincangkan isu-isu kesihatan penduduk setempat dan program sepanjang bulan ramadhan dan syawal. 
   
Aktiviti 
Mesyuarat melibatkan wakil penduduk dan pihak-pihak yang berkepentingan. 

Gambar Disini

 Tarikh              11 Mei 2019 (Sabtu )
 Masa    2.30 Petang - 4.30 Petang
 Lokasi   PI Kampung Baru Nelayan         (usahasama)
 Peserta   8 Peserta

Tujuan

Kelas e-pembelajaran ini diadakan untuk memberi pembelajaran bahasa jawi  online kepada peserta kerana ia adalah salah satu subjek yang dipelajari di sekolah. Selain itu, dengan pembelajaran ini peserta dapat memanfaatkan pusat internet  untuk kegunaan mencari maklumat pembelajaran . Dengan adanya , pembelajaran bahasa jawi online ini , peserta dapat mencari sesuatu untuk kefahaman pembelajaran bahasa jawi dengan mudah.

Aktiviti 

Pengajar menyediakan modul pembelajaran kepada peserta serta memberi penerangan kepada peserta mengenai pembelajaran bahasa jawi yang akan dilaksanakan . Selesai penerangan dan tunjuk ajar , peserta diberi latihan sebagai pengukuhan pembelajaran peserta.

Gambar Disini

Tarikh : 13 April 2019
Masa : 8.00 malam - 11.00 malam
Lokasi : Sekolah Agama Menengah Tinggi Batu 38
Peserta : 150 orang 
Tujuan 
Program bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang buli siber dan klik dengan bijak. Program ini anjuran kerjasama anta Jabatan Penerangan Daerah Sabak Bernam dengan Pusat Internet Kluster Sabak Bernam. 
   
Aktiviti 
 Para pelajar diberikan  ceramah oleh pegawai penerangan dan petugas Pusat Internet kluster Sabak Bernam. 

Gambar Disini

Tarikh : 17 Mei 2019
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PI Tebuk Haji Yusuf (usahasama) 
Peserta : 20 orang
Tujuan 

Mengajar Kelas Asas Pengenalan Komputer kepada murid dari Tadika Perpaduan Kekitaan Taman Berkat, Sungai Besar.

   
Aktiviti 

Aktiviti dimulakan dengan tayangan slide show peralatan komputer. Seterusnya sesi kuiz soalan diadakan untuk menguji tahap pengetahuan murid. Aktiviti seterusnya latihan kemahiran menggunakan mouse dengan membuat permainan dot-to-dot di laman web abcya.com

Gambar Disini

Tarikh : 21 April 2019
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Sungai Panjang 
Peserta : 15 orang
Tujuan 
Selain untuk tujuan menyampaikan ilmu masakan secara sihat, ia dapat mengukuhkan hubungan sesama ahli komuniti. Pihak Tuperware juga dapat menggunakan aktiviti seperti ini sebagai platform untuk memasarkan produk mereka. 
   
Aktiviti 
Pada awalnya, pihak Tupperware memberikan pencerahan tentang produk mereka dan kebaikan menggunakan produk mereka berbanding yang lain. Seterusnya demonstrasi masakan sihat menggunakan produk mereka. 

Gambar Disini

Sub-kategori