Tarikh | : 17 Mei 2019 |
Masa | : 9.30 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | : PI Tebuk Haji Yusuf (usahasama) |
Peserta | : 20 orang |
Tujuan | |
Mengajar Kelas Asas Pengenalan Komputer kepada murid dari Tadika Perpaduan Kekitaan Taman Berkat, Sungai Besar. |
|
Aktiviti | |
Aktiviti dimulakan dengan tayangan slide show peralatan komputer. Seterusnya sesi kuiz soalan diadakan untuk menguji tahap pengetahuan murid. Aktiviti seterusnya latihan kemahiran menggunakan mouse dengan membuat permainan dot-to-dot di laman web abcya.com |
|
Tarikh | : 13 April 2019 |
Masa | : 8.00 malam - 11.00 malam |
Lokasi | : Sekolah Agama Menengah Tinggi Batu 38 |
Peserta | : 150 orang |
Tujuan | |
Program bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang buli siber dan klik dengan bijak. Program ini anjuran kerjasama anta Jabatan Penerangan Daerah Sabak Bernam dengan Pusat Internet Kluster Sabak Bernam. | |
Aktiviti | |
Para pelajar diberikan ceramah oleh pegawai penerangan dan petugas Pusat Internet kluster Sabak Bernam. | |
Tarikh | : 21 April 2019 |
Masa | : 2.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Sungai Panjang |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan | |
Ia bertujuan untuk membimbing peserta yang difokuskan kepada golongan wanita dewasa dengan kemahiran asas komputer. | |
Aktiviti | |
Peserta didedahkan dengan kemahiran mewarna secara online menggunakan komputer. Peserta diajar oleh petugas dan seterusnya membuat sendiri mengikut kreativiti sendiri untuk mewujudkan suasana belajar yang bebas dan menyeronokan. | |
|
Tarikh | : 21 April 2019 |
Masa | : 2.00 petang - 6.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Sungai Panjang |
Peserta | : 15 orang |
Tujuan | |
Selain untuk tujuan menyampaikan ilmu masakan secara sihat, ia dapat mengukuhkan hubungan sesama ahli komuniti. Pihak Tuperware juga dapat menggunakan aktiviti seperti ini sebagai platform untuk memasarkan produk mereka. | |
Aktiviti | |
Pada awalnya, pihak Tupperware memberikan pencerahan tentang produk mereka dan kebaikan menggunakan produk mereka berbanding yang lain. Seterusnya demonstrasi masakan sihat menggunakan produk mereka. | |
Tarikh | : 8, 9 & 10 April 2019 |
Masa | : 8.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Sungai Panjang |
Peserta | : 20 orang |
Tujuan | |
Kursus ini telah dianjurkan oleh MARA untuk diikuti oleh beberapa orang usahawan di sekitar Sabak Bernam. Ia bertujuan untuk membimbing usahawan mengamalkan pengurusan kewangan dengan cara yang betul dan mengira bayaran zakat sebagai salah satu kewajiban dalam Islam. | |
Aktiviti | |
Kursus dijalankan selama tiga hari mengikut modul yang telah disediakan oleh pihak perunding profesional yang dilantik oleh pihak MARA. Hari pertama kursus lebih memfokuskan kepada teori, hari kedua dan ketiga peserta mula didedahkan pengurusan kewangan secara praktikal seperti rekod & pemfailan. | |