Tarikh : 15 Disember 2018
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Sungai Panjang 
Peserta : 80 orang
Tujuan 
Program bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat daripada pelbagai aspek seperti senaman, pemakanan, kebersihan persekitaran dan sebagainya. 
   
Aktiviti 
Beberapa aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan telah dijalankan seperti senam robik, pertandingan makanan sihat, demonstrasi masakan sihat, pameran kesedaran bahaya dadah, ceramah kesihatan dan perangi dadah, kaunter zakat dan sebagainya. 

Gambar Disini

Tarikh : 24 November 2018
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari 
Lokasi : Pusat Internet Sungai Panjang 
Peserta : 9 orang
Tujuan 
Memberi pendedahan kepada peserta bahawa bahasa Inggeris bukan sahaja boleh dipelajari di dalam kelas di sekolah, tetapi juga boleh dipelajari secara online di pusat internet atau dimana-mana sahaja selagi ada akses kepada internet melalui platform tertentu seperti eslgold.com. 
   
Aktiviti 
Para pelajar diperkenalkan kepada eslgold.com dan item-item yang terkandung dalam laman sesawang berikut yang boleh dimanfaatkan oleh peserta. Mereka diajar untuk menggunakan setiap item secara asas supaya mereka boleh menggunakan sendiri tanpa pengawasan petugas dimasa akan datang. 

Lihat Gambar Aktiviti

Tarikh

: 3 November 2018

Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari 
Lokasi : Pusat Internet Gedangsa
Peserta : sekitar 60 orang 
Tujuan 
Merapatkan hubungan antara pusat internet dengan komuniti disamping mempromosikan aktiviti pusat internet. 
   
Aktiviti 
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan mewarna, sukaneka, kuiz KDB dan sebagainya. Hadiah dan cabutan bertuah juga dijalankan untuk menarik pengunjung. 

Lihat Gambar Aktiviti

Tarikh : 17 November 2018
Masa : 2.00 petang - 5.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Sungai Panjang
Peserta : 20 orang 
Tujuan 
Memberikan pendedahan kepada kaedah solekan yang betul mengikut jenis dan keadaan kulit yang berbeza. Turut diterapkan adalah cara penampilan ketika berpakaian untuk sebarang majlis di luar. 
   
Aktiviti 
Peserta diperkenalkan kepada produk mampu milik jenama Le`Sanda serta diterangkan kegunaan setiap produk mengikut kesesuaian masing-masing. Selepas itu kelas solekan bermula dimana seorang peserta dijadikan seorang model dan setiap peserta perlu menyolek diri sendiri. Setelah itu, peserta yang bersolek dengan paling cantik, diberikan hadiah sebagai penghargaan. 

Lihat Gambar Aktiviti

Tarikh : 9  November 2018
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari 
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Sungai Samak 
Peserta : 25 orang 
Tujuan 
Memberi kesedaran tentang risiko dan bahaya penyalahgunaan internet.
   
Aktiviti 
Ceramah telah diberikan oleh petugas-petugas pusat internet yang terlibat. Untuk menarik perhatian peserta, beberapa sesi kuiz telah diadakan dan hadiah telah disediakan sebagai tanda penghargaan kepada para peserta. 

Lihat Gambar Aktiviti

Sub-kategori