Tarikh | : 23 September 2018 |
Masa | : 9.30 hingga 12.30 |
Lokasi | : Pusat Internet Sungai Panjang |
Peserta | : 20 orang |
Tujuan | |
Kelas ini adalah sambungan kepada program Hari Bersama Komuniti yang dijalankan pada 21 September 2018. Memandang program Hari Bersama Komuniti tersebut dijalankan pada hari Jumaat sebelah pagi dengan masa yang terhad, maka aktiviti kelas membuat pastry fruit cake ini kami anjakkan kepada hari Ahad, 23 September 2018. Tujuan utama adalah untuk menarik minat golongan suri rumah untuk datang ke pusat internet belajar kemahiran memasak selain daripada kelas IT yang dijalankan. kami merancang kelas pembuatan pastry ini diteruskan dimasa akan datang sebagai salah satu platform untuk menggalakkkan keusahawanan dalam komuniti. | |
Aktiviti | |
Peserta diberikan salinan resepi dan diminta untuk meneliti bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pastry fruit cake. Setelah itu, guru masakan dari KEMAS melakukan demo sambil dibantu oleh para peserta. Sambil menunggu kek masak didalam ketuhar, guru masakan telah memberikan beberapa tips berguna dalam pembuatan pastry sambil ucapan ringkas dari penyelia KEMAS yang hadir. | |
Tarikh | : 21 September 2018 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Sungai Panjang |
Peserta | : Terbuka kepada komuniti |
Tujuan | |
Hari Bersama Komuniti bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak Pusat Internet dengan komuniti setempat selain daripada mempromosikan aktiviti-aktiviti terbaru yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet. Melalui program seperti ini, kewujudan Pusat Internet lebih dirasai oleh masyarakat dan tidak mengasingkan diri dari pusat internet hanya kerana kurang kemahiran dalam perkembangan teknologi maklumat. | |
Aktiviti | |
Terdapat pelbagai aktiviti dalam program ini. Kebanyakan program tidak melibat kemahiran komputer dan internet kerana kami mahu menyediakan persekitaran yang lebih santai. Antara aktiviti menarik adalah sukaneka seperti imbang bola, getah & penyedut minuman, makan kek berkrim guna mulut, karangan kreatif dan tiup belon. Selain itu, ceramah ringkas berkenaan dadah dan dashboard juga dijalankan selain aktiviti khas yang dijalankan oleh wakil Perbadanan Perpustakaan Awan Selangor (PPAS) kepada kanak-kanak dari KEMAS berhampiran. |
|
Tarikh | : 20 Mei 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Sungai Panjang |
Peserta | : 7 orang |
Tujuan | |
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membentuk kreativiti melalui pembelajaran berasaskan internet. Melalui pendekatan ini, pelajar dididik untuk memanfaatkan internet untuk mempelajari sesuatu yang baru dan pendidikan bukan hanya berlaku di sekolah. | |
Aktiviti | |
Peserta yang terlibat akan menggunakan youtube untuk mempelajari bagaimana untuk menghasilkan origami yang mereka minati sekaligus mencetuskan daya kreativiti dikalangan peserta. | |
Tarikh | :18 ogos 2018 |
Masa | :10.00 pagi - 1.00 tengahari |
Lokasi | :Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Panjang |
Peserta | :10 orang |
Tujuan | |
Program latihan ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat dikalangan peserta bahawa pembelajaran bahasa Inggeris bukan saja berlangsung dalam kelas yg formal seperti di sekolah atau kursus khas, tetapi boleh juga melalui medium atas talian dimana para pelajar atau mana-mana individu boleh menggunakan aplikasi internet untuk belajar bahasa. Proses pembelajaran boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan. | |
Aktiviti | |
Pengenalan kepada ESL GOLD, sebuah laman sesawang yang menyediakan platform pembelajaran Bahasa Inggeris yang merangkumi beberapa elemen seperti reading, speaking, grammar, pronunciation, vocabulary dan sebagainya. | |
Tarikh | : 24 - 28 Februari 2018 |
Masa | : 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Sungai Panjang |
Peserta | : Dewasa |
Tujuan | |
Selaras dengan kerjasama KOSPEN dengan Pusat Internet 1Malaysia Seluruh Selangor, Kami Pusat Internet 1Malaysia Sungai Panjang turut tidak ketinggalan menjalankan program pemeriksaan percuma untuk penduduk setempat. Matlamat program adalah untuk membentuk budaya yang menjaga kesihatan disamping mendidik masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. | |
Aktiviti | |
Kempen Pemeriksaan kesihatan percuma khas ini diadakan selama 4 hari dimana setiap individu yang hadir untuk membuat pemerikaan kesihatan akan diberikan sedikit cenderahati sebagai galakan kepada mereka. sambil pemeriksaan kesihatan dijalankan, pengunjung akan diberikan khidmat nasihat berkaitan pemakanan dan gaya hidup sihat. | |