Tarikh : 9 Mac 2019
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Sungai Panjang
Peserta : 50 orang 
Tujuan 
Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat membuat pemeriksaan kesihatan asas dan mendapatkan nasihat kesihatan dari doktor-doktor wakil KOSPEN.
   
Aktiviti 
Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, khidmat nasihat dari doktor, pertandingan mewarna dan sebagainya termasuk penyerahan hadiah KOSPEN. 

Gambar Disini

Tarikh : 17 Mac 2019
Masa : 2.00 petang - 5.30 petang 
Lokasi : Pusat Internet Sungai Panjang
Peserta : 10 orang 
Tujuan 
Tujuan program ini adalah untuk memberi nasihat atau tips tentang hala tuju pelajar-pelajar lepasan SPM tentang program apa yang bersesuaian dengan minat mereka apabila meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi. 
   
Aktiviti 
Pada awal program, mereka didedahkan secara umum tentang sistem pendidikan di Malaysia, peluang-peluang untuk meneruskan pendidikan tinggi sama ada di IPTA atau IPTS, perihal pengiktirafan seperti MQA dan JPA dan sebagainya sebelum sesi soal jawab dibuka kepada peserta. 

Gambar Disini

Tarikh : 22 Mac 2019
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Sungai Panjang
Peserta : 6
Tujuan 
Program ini bertujuan memberikan idea perniagaan kepada lepasan SPM sebagai salah-satu langkah untuk menambah pendapatan dengan peluang perniagaan yang mudah dan meraka minati seperti menjual tambah nilai dan kad sim. Perniagaan jenis ini tidak memerlukan modal yang besar dan sesuai dengan jiwa remaja yang sukakan internet dan gajet. 
   
Aktiviti 
Peserta didedahkan dengan peluang perniagaan tambah nilai atau lebih dikenali sebagai top up seperti server-server syarikat tambah nilai yang ada di Malaysia seperti Twin Top Up dan Angkat Top up. Cara-cara untuk menjalankan perniagaan ini juga telah diajar sebagai peluang kepada mereka untuk berniaga secara kecil-kecilan di usia remaja. 

Tarikh : 22 Februari 2019
Masa : 9.30 petang - 12.30 tengahari 
Lokasi : Pusat Internet Tebuk Haji Yusof 
Peserta : 12 orang 
Tujuan 
Bengkel Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi Pusat Internet ini adalah latihan intensif untuk semua petugas Pusat Internet untuk memanjangkan modul yang telah dikemaskini oleh SKMM dan dihebahkan kepada komuniti. 
   
Aktiviti 
Tenaga pengajar menjelaskan modul Klik Dengan Bijak yang baru kepada semua petugas serta aktiviti kuiz. Modul ini juga akan digunakan untuk hebahan kepada komuniti setempat. 

Gambar Disini

Sub-kategori