Tarikh | : 20 Januari 2019 |
Masa | : 8.00 pagi - 1.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat internet Kampung Baru Sentosa |
Peserta | : 100 orang |
Tujuan | |
Program ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan mempromosikan gaya hidup sihat dikalangan ahli komuniti. | |
Aktiviti | |
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti senam robik, pertandingan, menu masakan sihat, ceramah kesihatan dan pameran agensi kerajaan yang berkenaan. | |
Tarikh | : 19 Januari 2019 |
Masa | : 8.00 pagi - 1 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Tebuk Haji Yusof |
Peserta | : 100 orang |
Tujuan | |
Program ini diadakan adalah sebagai mempromosi dan menggalakan gaya hidup sihat dikalangan komuniti sekitar pusat internet. Selain menekankan pemakanan sihat dan aktiviti sihat, kempen derma darah juga turut dijalankan bagi menggalakkan masyarakat menyumbang kepada aktiviti khidmat sosial yang sihat. | |
Aktiviti | |
Banyak aktiviti yang telah dijalankan, antaranya senam robik, pameran dari pelbagai agensi kerajaan seperti AADK, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, kempen derma darah, gusti lengan, pertandingan menu sihat dan jualan. | |
Tarikh | : 13 Disember 2018 |
Masa | : 8.00 pagi - 1.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Peket 100 |
Peserta | : 60 orang |
Tujuan | |
Memupuk dan mendidik gaya hidup sihat dikalangan ahli komuniti. | |
Aktiviti | |
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti pertandingan masakan sihat, ceramah, tekanan darah, senaman dan pergigian. | |
Tarikh | : 19 Januari 2019 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Sungai Panjang |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 6 peserta. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan asas komputer kepada peserta muda supaya mereka dapat membiasakan diri dengan perkakasan komputer dan aplikasi asas yang ada pada komputer. | |
Aktiviti | |
Peserta diajar untuk menggunakan perisian Microsoft dengan diberikan teks mudah untuk mereka salin atau taip semula di komputer. Mereka dikehendaki untuk meniru semula teks asal dengan bantuan petugas. | |
Tarikh | : 14 Disember 2018 |
Masa | : 9.00 pagi - 1.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Sungai Panjang |
Peserta | : 20 orang |
Tujuan | |
Ia bertujuan untuk mendidik peserta tentang masakan dan makanan sihat. Makanan sihat perlu disajikan dengan cara masakan yang betul supaya kebaikan dan khasiat dapat dikekalkan. | |
Aktiviti | |
Perserta diberikan ceramah tentang makanan sihat, contoh dan kandungan zat dalam setiap makanan utama termasuk kandungan kalori. selepas itu, penceramah memberi tips atau petua untuk mengekalkan kesegaran makanan dan akhirnya membuat demonstrasi memasak makanan berkuah seperti sup. | |