Tarikh : 20.10.2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Sungai Panjang 
Peserta : 10 orang 
Tujuan 
Pendedahan kepada para pelajar bahawa pembelajaran bahasa boleh dilakukan secara online melalui aplikasi atau laman web tertentu di internet. 
   
Aktiviti 
lawan sesawang eslgold.com telah digunakan. Pelbagai aplikasi yang tersedia dalam laman sesawang tersebut telah diperkenalkan kepada peserta dan cara pembelajaran telah diajar supaya para peserta boleh menggunakannya sendiri. 

Gambar Disini

Tarikh : 19 Oktober 2018
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Sungai Leman, Sekinchan
Peserta : 40
Tujuan 
Kluster Sabak Bernam telah mengadakan program advokasi di Sekolah Kebangsaan Sungai Leman dengan tujuan memberi didikan tentang penggunaan internet dari segi etika dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan di internet dan online grooming.  
   
Aktiviti 
Tayangan & paparan power point tentang keselamatan internet didedahkan kepada para peserta. Untuk menguji kefahaman peserta, kuiz dashboard telah dijalankan dan sedikit hadiah telah diberi untuk menarik perhatian peserta.

Gambar Disini

Tarikh : 21 September 2018
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari 
Lokasi : Pusat Internet Sungai Panjang
Peserta : Terbuka kepada komuniti 
Tujuan 
Hari Bersama Komuniti bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak Pusat Internet dengan komuniti setempat selain daripada mempromosikan aktiviti-aktiviti terbaru yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet. Melalui program seperti ini, kewujudan Pusat Internet lebih dirasai oleh masyarakat dan tidak mengasingkan diri dari pusat internet hanya kerana kurang kemahiran dalam perkembangan teknologi maklumat. 
   
Aktiviti 

Terdapat pelbagai aktiviti dalam program ini. Kebanyakan program tidak melibat kemahiran komputer dan internet kerana kami mahu menyediakan persekitaran yang lebih santai. Antara aktiviti menarik adalah sukaneka seperti imbang bola, getah & penyedut minuman, makan kek berkrim guna mulut, karangan kreatif dan tiup belon. 

Selain itu, ceramah ringkas berkenaan dadah dan dashboard juga dijalankan selain aktiviti khas yang dijalankan oleh wakil Perbadanan Perpustakaan Awan Selangor (PPAS) kepada kanak-kanak dari KEMAS berhampiran.  

Gambar Disini

Tarikh : 23 September 2018
Masa : 9.30 hingga 12.30
Lokasi : Pusat Internet Sungai Panjang
Peserta : 20 orang
Tujuan 
Kelas ini adalah sambungan kepada program Hari Bersama Komuniti yang dijalankan pada 21 September 2018. Memandang program Hari Bersama Komuniti tersebut dijalankan pada hari Jumaat sebelah pagi dengan masa yang terhad, maka aktiviti kelas membuat pastry fruit cake ini kami anjakkan kepada hari Ahad, 23 September 2018. Tujuan utama adalah untuk menarik minat golongan suri rumah untuk datang ke pusat internet belajar kemahiran memasak selain daripada kelas IT yang dijalankan. kami merancang kelas pembuatan pastry ini diteruskan dimasa akan datang sebagai salah satu platform untuk menggalakkkan keusahawanan dalam komuniti. 
   
Aktiviti 
Peserta diberikan salinan resepi dan diminta untuk meneliti bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pastry fruit cake. Setelah itu, guru masakan dari KEMAS melakukan demo sambil dibantu oleh para peserta. Sambil menunggu kek masak didalam ketuhar, guru masakan telah memberikan beberapa tips berguna dalam pembuatan pastry sambil ucapan ringkas dari penyelia KEMAS yang hadir.  

Gambar Disini

Tarikh :18 ogos 2018
Masa :10.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi :Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Panjang
Peserta :10 orang
Tujuan 
Program latihan ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat dikalangan peserta bahawa pembelajaran bahasa Inggeris bukan saja berlangsung dalam kelas yg formal seperti di sekolah atau kursus khas, tetapi boleh juga melalui medium atas talian dimana para pelajar atau mana-mana individu boleh menggunakan aplikasi internet untuk belajar bahasa. Proses pembelajaran boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan. 
   
Aktiviti 
Pengenalan kepada ESL GOLD, sebuah laman sesawang yang menyediakan platform pembelajaran Bahasa Inggeris yang merangkumi beberapa elemen seperti reading, speaking, grammar, pronunciation, vocabulary dan sebagainya. 

Gambar Disini

Sub-kategori